Atom, Partikel, dan Ion


Istilah atom

Atom berasal dari perkataan Yunani iaitu atomos. Perkataan atomos terdiri dari 2 perkataan iaitu “a” – cannot, un  dan “tomos” – divided, cutted. Ini bermakna, atomos bermaksud sesuatu yang tidak boleh dibelah, dipotong kepada komponen yang lebih kecil. Atomos / atom dipercayai sebagai objek terkecil di alam semesta.

Perkataan atomos mula digunakan apabila seorang pemikir Yunani iaitu Democritus menganggap semua objek-objek terdiri dari objek-objek yang kecil, yang bersaiz tersangat halus dan tidak boleh dipecahkan lagi isinya (atomos). Sejak daripada itu istilah atomos menjadi popular dan dipinjam ke bahasa-bahasa lain di seluruh dunia.

Umpamanya dalam istilah Inggeris, atomos disebut atom. Asalnya, Inggeris menggunakan atome, iaitu istilah Perancis yang diambil dari versi latin “atomus”. Istilah atome ini kekal digunakan inggeris bermula sehinggalah pada abad ke- 7. Selepas itu, barulah istilah “atome” yang digunakan inggeris mengalami transfromasinya kepada istilah “atom” dan ia kekal sampai sekarang. Apa-apa pun samada perkataan itu adalah atomus, atome ataupun atom ia dipinjam dari istilah Yunani "atomos" yang digunapakai oleh Democritus lama dahulu.

Dalam istilah Melayu, perkataan atomos, atomus , atome, ataupun atom dikenali sebagai zarah. Perkataan ini dipinjam dari perkataan Arab. Sekalipun begitu, istilah atom digunakan juga sebagai bahasa Melayu dan ia dipinjam dari Inggeris. Justeru, kita mempunyai 2 istilah bagi merujuk kepada sesuatu yang paling kecil di alam ini iaitu zarah ataupun atom.

Perkataan zarah ini boleh dilihat dalam kitab suci al Quran dalam surah al- Zalzalah, yang bermaksud “..Sesiapa yang beramal baik / buruk walaupun sebesar zarah sekalipun tetap akan mendapat hukum..” . Menurut Shaharir (2005) istilah atom pertama kali dibawa masuk ke tanah Melayu pada tahun 1920 apabila Sultan Idris Training College (SITC) ditubuhkan. Dan begitulah serba sedikit mengenai informasi istilah atom / zarah yang boleh disebutkan secara ringkas disini.
Pada zaman Yunani, istilah atom terus dipinggirkan dari dicerna dan dikaji secara lebih mendalam. Ia hanya sebuah perkataan sentimen, dan kepercayaan manusia bahawa objek terkecil di alam ini ialah atom. Itu sahaja. Ia kekal sunyi begitu tanpa ada perbincangan lanjut dilakukan oleh saintis 2 ribu tahun lamanya. Sehinggalah pada abad ke-19 ia   menjadi popular apabila John Dalton (kimiawan Inggeris) mengemukakan teorinya pada tahun 1800. Dalton mendakwa, kesemua objek terdiri daripada atom.

Walaupun perkara ini sudah ditemukan oleh Democritus 2000 tahun sebelum Dalton, perkara itu menjadi baru apabila selama tempoh tersebut ia tidak disebut-sebut lagi sehingga Dalton menyebutnya kembali. Dalton juga mendakwa, atom tidak boleh dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Ini juga sesuatu yang telah diasaskan oleh Democritus tetapi ia dianggap baru apabila Dalton mengungkapkannya. Seterusnya Dalton mengungkapkan, setiap atom mempunyai berat dan berat atom berbeza mengikut unsur yang berbeza. Pada waktu ini, Dalton hanya mengandaikan setiap objek terdri daripada zarah-zarah dalamnya, tetapi dia tidak mempunyai idea bagaimanakah bentuk dan struktur atom itu sendiri.


Apakah perbezaan diantara atom dan partikel?

"Partikel" adalah istilah umum yang merujuk kepada apa jua benda-benda kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata seperti elektron, quark, atom, proton, neutron dll.

Istilah partikel adalah istilah yang umum.

Manakala atom didefinisikan secara khusus sifat-sifatnya iaitu : Himpunan proton dan neutron di dalam sebiji nukleus dan terdapat elektron yang mengelilinginya. Proton, elektron, ion dan neutron adalah partikel. Malah atom juga adalah partikel.

Justeru, istilah partikel adalah istilah umum merujuk kepada sesuatu yang tidak terlihat oleh mata kasar. Atom pula mempunyai ciri khusus seperti yang diterangkan di atas tadi.

Apakah perbezaan atom dan ion?

Atom adalah benda asas pada elemen. Elemen diperbuat / terdiri daripada atom-atom. Terdapat banyak jenis elemen seperti yang terdapat pada jadual berkala dan semuanya diperbuat dari atom-atom. Atom bersifat dengan sifatnya yang neutral. Kehadiran proton yang bercaj positif didalam nukleus dineutralkan oleh elektron yang bercaj negatif di sekeliling nukleus.

Pada keadaan ini, elemen tidak boleh bertindak balas atau bergabung dengan elemen yang lain untuk membentuk sebastian / compound. Untuk sesuatu elemen itu membentuk sebatian, atom yang berada padanya perlu menjadi partikel ion.

Sesuatu atom menjadi ion apabila elektronnya dinyah oleh sinaran radiasi. Apabila ini berlaku, atom  tidak lagi berkeadaan neutral sebaliknya membentuk partikel yang mempunyai caj positif / negatif. 

Justeru dalam hal ini, barulah atom tadi bekeupayaan bertindak balas dengan elemen lain. Ini dilakukan dengan menderma atau menerima (menarik) ion lain kepadanya untuk membentuk sebatian.

An interesting video about atom and its fundamental concepts - A lecture delivered by Prof Brian Cox

This entry was posted on Sunday, 14 July 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply